Warehouse Herv – ‘Dengan adanya Night of Saka ini, Mommy boleh memeluk semua orang’ ujar pengasas produk skincare Herv Natural, Hera Helmi Raflah dalam satu temu bual yang diadakan di Warehouse Herv,
minggu lepas.

Kasih sayang seorang Mastermind terhadap Leader dan Agent dapat dirasai dengan berkumpul, beramah mesra, disamping berpelukan antara satu sama lain.

Majlis graduasi ‘Night of Saka’ yang bertemakan ‘Black and Magic’ ini bakal berlangsung di The Love Bistro, Matic pada 28 Disember 2019 ini.-Herv Natural-

Majlis Graduasi Night of Saka ini diadakan bertujuan untuk menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Leader dan Agent seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi tulang belakang kepada beliau.