Wajib pakai Toner selepas cuci muka?

kenapa kena pakai toner selepas cuci muka? Wajib ke?

 

FUNGSI TONER

Fungsi toner antaranya untuk:-

– Melembapkan kulit

– Mengembalikan pH kulit kita selepas mencuci muka

– Mengurangkan visibility pori

– Membuang kotoran

Toner terbahagi kepada beberapa jenis dan setiap jenis ni mempunyai fungsi yang berbeza. Jadi korang boleh pilih nak pakai toner yang sesuai dengan jenis kulit atau masalah kulit masing-masing.

JENIS TONER:-

1. Hydrating Toner
2. Astringent
3. Exfoliating Toner

Hydrating toner

  • – Kebiasaannya mengandungi humectant.
  • – membantu mengembalikan dan menambah semula lembapan kepada skin yang hilang selepas kita mencuci muka.
  • – Mempunyai beberapa kelikatan. Ada yang cair seperti air, likat seperti lotion.
  • – Sesuai dengan semua jenis kulit.
  • – Kelebihan :
  1. – Memberi effect ching – ching dan plump kepada kulit.
  2. – Muka kurang berminyak.
  3. – Membantu mengurangkan jerawat.

 

Astringent toner

  • – Mempunya alcohol sebagai ingredient utama.
  • – Sesuai untuk oily skin.
  • – Kekurangan : boleh menyebabkan iritasi kepada kulit yang sensitif dengan alkohol.

 

Exfoliating toner

  • Nama lain : chemical toner.
  • – sesuai untuk orang yang dah konsisten dengan basic skincare rutin.
  • – Mengandungi asid iaitu AHA/BHA/PHA.
  • – Membantu mempercepatkan/membuang sel kulit mati.
  • – Ada mild (beginner) dan strong exfoliating toner.
  • – Kelebihan : cepat pudarkan dark spot, kurangkan kulit kusam

 

PENTING KE TONER?

Toner ni penting tapi tidak wajib pakai.

Toner ni jadi penting untuk kulit yang mudah dehydrated, kering dan juga untuk kembalikan lembapan yang hilang bila korang menggunakan cleanser high pH.

Korang dah tak perlu toner pun kalau kulit tidak kering dan well-hydrated

Setiap kulit keperluan tak sama. Ada sesetengah orang, toner ni wajib bagi keperluan seharian dan ada sestengah orang tidak menggunakan toner.

Penggunaan toner perlu mengikut kesesuaian jenis kulit anda.

 

CARA PEMAKAIAN TONER

Beberapa cara pemakaian yang disarankan

  1. – Menggunakan kapas.
  2. – Menggunakan jari
  3. – 7-layer-method (7LM). boleh layer-kan dengan toner yang sama atau yang berlainan. Method ini sangat sesuai untuk kulit kering.

 

Setiap cara kat atas ni sesuai dengan semua jenis kulit tapi perlu diingatkan yang korang kena perhatikan keadaan kulit. Sebagai contoh selepas buat 7LM kulit jadi berminyak, apa yang perlu korang buat ialah cuba kurangkan bilangan layering.

 

Kalau tak pakai toner boleh tak?

Toner bukan basic skincare. Dipakai apabila perlu sahaja.