APAKAH MAKSUD UVA, UVB, SPF, PA?

UVA dan UVB adalah jenis sinaran cahaya matahari iaitu ultraviolet (UV) yang boleh merosakkan kulit jika terdedah terlalu lama tanpa penggunaan pelindung kulit.

SPF dan PA pula adalah jenis perlindungan kulit yang selalu dipanggil sunscreeen/sunblock.

 

Sunscreen atau Sunblock?

Kebanyakan jenama produk sunscreen hari ini sebenarnya merupakan campuran sunscreen dan sunblock. Perkataan ini juga sering digunakan secara silih berganti. Sunscreen atau sunblock membantu melindungi anda dari sinaran ultraviolet berbahaya matahari dengan cara yang berbeza:

Sunscreen: Ia berfungsi dengan cara menapis sinaran ultraviolet (UV) matahari. Juga dipanggil pelindung kimia, ia menyerap kebanyakan sinaran UV dan lebih biasa digunakan berbanding sunblock. Pelindung matahari ini menggunakan pelbagai bahan kimia yang menyerap sinaran UV berbahaya sebelum ia menembusi kulit anda.

SunblockSunblock atau pelindung fizikal memantulkan sinaran matahari daripada kulit. Ia menghalang sinaran UV daripada menembusi kulit. Kebanyakan sunblock menggunakan titanium oksida atau zink oksida sebagai bahan aktif.

 

Sinaran UVA dan UVB

Apa yang mungkin anda tidak ketahui adalah perbezaan antara dua jenis sinar utama, UVA dan UVB, dan bagaimana keduanya boleh mempengaruhi kulit. 

Memahami perkara ini dapat membantu melindungi kulit anda dengan lebih baik.

Terdapat 3 jenis cahaya ultra violet (UV) boleh merosakkan kulit:
  • 1. Cahaya UVA, menyerap jauh ke dalam kulit. Ia boleh bertindak balas dengan sesetengah ubat dan kosmetik menyebabkan kulit terbakar (sunburn) teruk.
  • 2. Cahaya UVB, akan sampai ke lapisan atas kulit dan merupakan agen primer yang menyebabkan kulit terbakar.
  • 3. Cahaya UVC, kebanyakannya akan diserap oleh alam sekeliling (atmosfera) dan ini tidak menyebabkan kerosakan kulit.

 

Bahayakah Sinar UV ini?

Sinar UVA sememangnya berbahaya kerana radiasinya yang panjang dan menembus ke bahagian dermis dan kerosakan yang terjadi akibat UVA bersifat kekal serta menunggu masa untuk kelihatan di mata kasar.

Anda boleh melihat kerosakan yang mula terjadi di bawah kulit apabila terdedah kepada sinar UV.

Krim Pelindung Matahari untuk pasaran Asia biasanya menggunakan sistem PA rating.

 

SPF dan PA

SPF (Sun Protecting Factor) adalah tahap perlindungan kulit dari sinar UVB yang mengakibatkan sunburn.

PA bermaksud Protection Grade of UVA rays atau Gred Perlindungan dari sinar UVA.

 

Berapa banyak SPF yang anda perlukan?

Keberkesanan penapisan sinaran UVB adalah seperti berikut:

  • – SPF 15 menapis kira-kira 93% sinaran UVB
  • – SPF 30 menapis kira-kira 97% sinaran UVB
  • – SPF 50 menapis kira-kira 98% sinaran UVB

Perbezaan antara SPF 30 dan SPF 50 hanya penambahan keberkesanan penapisan 1%.

Sekiranya pelindung matahari disapu semula setiap dua jam dan gunakan dalam jumlah yang betul, pelindung matahari SPF 30 sudah cukup untuk orang dewasa biasa.

 

 

Bagaimana PA Dikira?

Tahap PA diukur berasaskan kepada reaksi PPD (Persistent Pigment Darkening) atau Kegelapan Kulit akibat dari pendedahan berterusan kepada sinar matahari selama 2-4 jam.

Nilai PA ini biasanya digredkan dengan simbol PA+, PA++, PA+++ di mana lebih banyak simbol + digunakan maka lebih tinggi nilai perlindungan dari sinar UVA.

PA di kategorikan seperti di bawah:

1. PA+

Bermaksud krim pelindung matahari tersebut mampu melindungi kulit dari radiasi tahap sederhana dengan faktor PPD antara 2 hingga 4.

2. PA++

Bermakna krim pelindung matahari yang dapat melindungi kulit juga dari radiasi tahap sederhana tetapi dengan faktor PPD antara 2 hingga 8.

3. PA+++

Direka untuk kulit yang normal dan terdedah kepada radiasi UV yang kuat. Ia melindungi kulit dengan faktor PPD melebihi 8.

Ia merupakan pelindung matahari atau lebih tepat lagi, pelindung UVA yang paling tinggi gred setakat ini.

 

Macam mana nak lindungi kulit terhadap sinaran UVA dan UVB?

Menurut Yayasan Kanser Kulit, pemahaman kita tentang sinar UVB dan UVA sentiasa berkembang. 

Inilah sebabnya mengapa penting untuk tetap waspada dengan selalu memakai pelindung matahari yang melindungi kulit dari kedua jenis sinar ini. 

Salah satu pelindung matahari  kegemaran kami adalah HERV SUN-RIVAL SPF50.

 

Cara Terbaik Menggunakan Krim Pelindung Matahari.

Jangan lupa untuk menyapukan krim pelindung matahari anda sekurang-kurangnya 20 minit sebelum keluar rumah.

Sentiasalah gunakan pelindung matahari di siang hari tanpa mengira cuaca sama ada panas atau hujan.

Kerap menyapu krim pelindung matahari sekurang-kurangnya setiap 2 jam bergantung kepada jenis pelindung matahari yang digunakan dan aktiviti yang dilakukan.

Tidak keluar rumah atau pejabat tidak bermakna anda tidak terdedah kepada radiasi UVA dan UVB, jadi sekiranya anda biasa duduk di tepi tingkap atau balkoni, pastikan kulit anda dilindungi.