BERBEZA KE SERUM DAN ESSENCE INI?

Sebenarnya essence dan serum, kedua-duanya lebih kurang sama cuma berbeza dari segi ketumpatan dimana serum lebih ringan jika dibandingkan dengan essence.

Kebiasaannya, harga untuk essence dan serum adalah lebih mahal daripada pelembap (moisturiser) biasa.

Ramai dalam kalangan masyarakat kita yang masih tidak tahu cara untuk membezakan antara fungsi 2 item penting ini dalam penjagaan wajah mereka.
2 item ini dikatakan memberi kesan yang hebat pada wajah tetapi dengan caranya yang berbeza.

Sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan serum dan essence, kami akan membantu anda untuk mengenali perbezaan antara Serum dan Essence.

 

APA ITU SERUM?

Serum adalah sejenis cecair yang pekat dan likat.

Kebiasaannya, selepas membersihkan kulit menggunakan pembersih muka, anda memerlukan serum untuk menggantikan atau menambah nutrien di dalam kulit muka anda.

Selain itu, serum juga akan membantu mengunci kelembapan kulit yang mana ia akan digunakan sebelum anda memakai pelembap.

Contohnya, brightening serum berfungsi untuk membuatkan kulit anda lebih berseri-seri berbeza dengan anti-aging serum yang bertindak untuk mengurangkan kedutan dan meningkatkan keremajaan kulit.

 

SKIN TYPE YANG PERLU GUNA SERUM.

Serum harus digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit seperti :-

  • – Jerawat
  • – Pigmentasi akibat jeragat
  • – Parut jerawat
  • – Kulit kering (dry patches)
  • – Kulit kusam dan gelap
  • – Lingkaran gelap bawah mata
  • – Tona kulit tidak sekata (kulit belak)

Jika anda bijak memilih serum dengan bahan utama yang sesuai dengan masalah kulit anda, anda pasti akan dapat melihat perubahan yang ketara dengan penggunaan serum yang konsisten dalam rutin penjagaaan kulit anda.

 

APA ITU ESSENCE?

Essence pula adalah cecair yang membantu menyuburkan pemukaan kulit anda. Jika dibandingkan dengan serum, ia mempunyai tekstur cecair yang lebih ringan dan kebiasaannya digunakan selepas menggunakan pembersih muka dan penyegar.

essence mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera dan buah-buahan.

Essence juga mengandungi formula yang memfokuskan garis halus, kulit kusam dan tidak rata selain mempunyai bahan aktif yang mengoptimumkan kadar perolehan sel semula jadi kulit anda.

 

TEKSTUR SERUM DAN ESSENCE

SERUM

Serum mempunyai tekstur seakan gel tanpa warna.

Oleh sebab serum hadir dengan tekstur gel, ia mampu memberi kehidratan yang dengan lebih berkesan berbanding krim biasa kerana molekul-molekul gel boleh menembusi kulit dan menghidrat dengan lebih mendalam.

Manakala krim pula lebih cenderung untuk tinggal di lapisan atas kulit.

ESSENCE

Essence mempunyai manfaat yang hampir sama dengan serum.

Namun, ia mempunyai tekstur molekul yang lebih rendah daripada kebanyakan krim harian.

Ia juga berfungsi untuk menembusi kulit jauh lebih dalam berbanding pelembap.

 

KESIMPULAN

Jadi, disini dapat diringkaskan bahawa jenis serum yang berbeza memainkan fungsi yang berlainan dan sebenarnya penggunaan serum/essence adalah sangat baik untuk meningkatkan lagi penyerapan moisturizer anda ke dalam kulit.