APA ITU SUNSCREEN?

Ramai di antara kita yang mungkin tidak ambil peduli tentang pemakaian krim pelindung/sunscreen, tetapi tahukah anda bahawa ia sememangnya sangat penting tidak kira apa jua jenis kulit anda kerana ia dapat membantu melindungi dari sinaran UVA/UVB dan juga kerosakan kulit.

 

JENIS SUNSCREEN

Suncreen ada 3 jenis iaitu physical suncreen, chemical suncreen dan hybrid sunscren di mana campuran antara physical dan chemical. Setiap sunscreen mempunya filter yang berlainan yang membuatkan ketiga-tiga ni berbeza tau.

 

KENAL PASTI 3 JENIS SUNSCREEN

PHYSICAL SUNSCREEN

Physical suncreen biasanya mengandungi Blocking Agents iaitu zinc oxide dan titanium dioxide. Kalau ada je ingredient ni dekat tube/botol suncreen memang dia adalah physical sunscreen.

Physical sunscreen ini ada orang  suka sebab bila sapu dekat kulit, kulit berasa sejuk dan ia cepat meresap ke dalam kulit.

Physical suncreen berfungsi dengan cara memantulkan semula UVA/UVB.

 

CHEMICAL SUNSCREEN

Physical suncreen ada beberapa Blocking Agents yang biasa digunakan, antaranya ialah avobenzone, oxybenzane, octisalate, octinoxate etc.

Kelebihan chemical sunscreen ini ia mudah menyerap. Ia juga berfungsi dengan menyerap UVA/UVB dan tukarkan menjadi haba.

Kekurangannya korang kena tunggu 15-20 min, biarkan menyerap ke dalam kulit untuk betul-betul berfungsi.

HYBRID SUNSCREEN

Hybrid pula adalah gabungan physical dan chemical suncreen. Contohnya hybrid sunscreen ada kandungan bahan zinc oxide dan avobenzone, oxybenzane.

sunscreen jenis hybrid ini tidak mudah menyebabkan kulit muka kita menjadi iritasi.

 

CARA MEMILIH SUNSCREEN

Sunscreen ialah antara rutin yang wajib dalam penjagaan muka. Ia dapat melindungi kulit kita daripada sunburn, hyperpigmentation, dark spot dan paling kita tak nak iaitu kanser kulit.Jadi macam mana nak pilih sunscreen ni?

Ada beberapa perkara yang perlu dilihat dalam memilih sunscreen.

 

1. MENGIKUT KESESUAIAN JENIS KULIT .

Kenal pasti dahulu kulit kita jenis apa? Sama ada kulit kita normal ke, kering ke, berminyak ke atau combination?

 

KULIT BERMINYAK

Untuk kulit yang berminyak,  cari sunscreen yang lightweight, milk type, cepat menyerapkurang melekit atau juga memberikan kesan matte.

Sesuai menggunakan sunscreen jenis physical.

 

KULIT KERING

Untuk kulit yang jenis kering, korang boleh cuba sunscreen yang mempunyai hydrating atau moisturizing ingredients supaya tak ada lah skin korang kering lepas pakai sunscreen kan.

Atau cuba elakkan daripada memakai sunscreen yang mengandungi alcohol kerana alcohol membuatkan kulit menjadi kering. 

KULIT KOMBINASI

Untuk combination skin kena pastikan dahulu combination jenis apa?

Dry T-zone?

Oily T-zone?

Combination skin ni korang boleh cuba pakai 2 sunscren untuk 2 kawasan yang berbeza masalah.

Atau kalau korang dah tahu skin korang lebih kepada oil-combination, korang boleh pakai suncreen untuk kulit berminyak begitu juga kalau skin yang dry-combination. 

 

KULIT NORMAL

Untuk kulit yang normal korang sangat lah beruntung sebab mudah untuk korang pilih sunscreen. Korang boleh try mana-mana sunscreen dan perhatikan keberkesanan dia dekat skin korang.

 

2. SPF YANG SESUAI

Setiap suncreen ada SPF yang berlainan. Korang boleh baca dekat tube sunscreen itu sendiri.
Untuk cuaca Malaysia ni spf 30-60 pun dah terlebih mencukupi untuk pemakaian seharian.

Pemilihan SPF gak bergantung kepada aktivit yang korang buat. Guna SPF yang lebih tinggi jika korang terdedah terlalu lama dengan cahaya matahari atau buat outdoor kerja/aktiviti seperti berkawad, snorkeling. Walaupun SPF tinggi mana sekalipun, korang tetap kena reapply tau.

 

3. BACA INGREDIENT

Sama ada korang sensitif terhadap pewangi, alcohol, essential oil atau sesuatu ingredient yang ada dalam sunscreen. Ini korang kena rajin baca ingredient dia time membeli dan juga alert dengan skin masing-masing.

Bukan sunscreen je, toner, moisturizer pun kena tahu macam ni gak.

KESIMPULANNYA

Panduan ini mungkin boleh dijadikan rujukan asas. Walau bagaimana sekali pun, setiap orang mempunyai keperluan kulit berbeza.