Apa itu Cleanser?

Cleanser bermaksud produk membersihkan atau membuang kotoran.

Dalam kosmetologi dan dermatologi, Cleanser adalah produk penjagaan wajah yang digunakan untuk menghilangkan solekan , sel kulit mati , minyak, kotoran, dan jenis pencemar lain dari kulit wajah.

 Cleanser dapat membantu menghilangkan kotoran liang pori dan mencegah keadaan kulit seperti jerawat. 

 

Jenis – Jenis Cleanser.

 

1. FOAM CLEANSER

Foam cleanser adalah pencuci muka yang sangat ringan yang bila dipam keluar akan terus menjadi buih yang pekat.

Foam cleanser selalunya di gunakan untuk “deep cleansing” terutama untuk kulit yang berminyak, senang berjerawat atau anda yang sering terdedah dengan persekitaran yang kotor. Tetapi, foam cleanser juga mudah memberikan keradangan kepada kulit terutama bagi yang mengandungi SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) yang selalunya merupakan bahan utama dalam foam cleanser. Foam cleanser sangat tidak sesuai untuk kulit yang normal dan kering kerana ia akan menghilangkan terus lapisan minyak yang di perlukan di permukaaan kulit muka bagi mengekalkan kelembapan kulit anda

Ideal untuk Kulit : Normal, Berminyak, Kombinasi, Sensitif (Acne-Prone)

 

2. CREAM CLEANSER

Cream cleanser biasanya pekat, berkrim dan mengandungi bahan pelembap seperti minyak botani. Ianya perlahan-lahan membersihkan kulit tanpa membuang minyak semulajadi pada kulit.

Boleh didapati dalam bentuk milk atau lotion.

Ideal untuk Kulit : Normal, Kering & Sensitif

 

3. GEL CLEANSER

Cleansing gel adalah jernih dan mempunyai konsistensi seperti gel.

Dicipta untuk pembersihan yang mendalam (deep cleansing), ianya berkesan untuk membersihkan liang pori yang tersumbat, mengeluarkan minyak berlebihan dan membunuh bakteria penyebab jerawat.

Ideal untuk Kulit : Normal, Berminyak, Kombinasi, Sensitif (Acne & Redness Prone)

 

4. CLAY CLEANSER

Cleanser yang berasaskan tanah liat mampu menyedut segala kotoran.

Dikenali dengan kuasa menyerap, clay cleanser membersihkan kulit dengan mengeluarkan minyak dan toksin yang berlebihan dari liang-liang pori.

Ideal untuk Kulit : Berminyak & Kombinasi

 

5. POWDER CLEANSER

Cleanser yang bertekstur serbuk.

Cleanser ni lembut apabila kering, hancur menjadi ramuan berkrim apabila bersentuhan dengan air, dan dengan sempurna membersihkan kulit anda sambil memberikan pengelupasan lembut. Tak seperti pengelupasan fizikal seperti manik dan scrub, pembersih serbuk membersih dengan lancar pada kulit anda, jadi anda boleh gunakannya setiap hari walaupun pada kulit sensitif.

Ideal untuk Kulit : Berminyak & Sensitif

 

6. MICELLAR CLEANSER

Cleanser berasal dari Perancis. Tekstur yang water based dan tidak berbuih.

Micellar water bercirikan “micelles” atau molekul minyak kecil yang tergantung dalam air lembut, yang menarik minyak, kotoran dan makeup. Satu lagi perkara hebat tentang micellar water adalah anda tidak perlu membilasnya dengan air.

Ideal untuk Kulit : Semua jenis kulit

 

7. CLEANSING MILK

Sejuk dan berkrim, susu di dalam cleanser ini terasa lembut dan segar apabila disentuh di atas kulit. Tekstur berkrim dan lembut menjadikan formula ini sesuai untuk semua jenis kulit, tetapi ianya sangat membantu kulit kering dan sensitif.

Ideal untuk Kulit : Kering & Sensitif

 

8. BAR CLEANSER

Biasanya mengandungi asid atau alkali dimana untuk menambah buihnya dan boleh merosakkan sel-sel kulit muka kita. Ini adalah tindak balas kimia pada kulit muka kita. Ia hanya menukar sel-sel kulit mati tetapi tidak menggantikan dengan sel-sel kulit yang baru. Tindak balas kimia ini akan memutihkan kulit muka kita dengan cepat tetapi dalam masa yang sama, kulit muka akan kelihatan kering atau kekurangan air( tidak lembab). Sesetengah sabun akan menyebabkan kulit muka gatal dan merah-merah. Ia tidak sesuai digunakan sebagai sabun pembersih muka. Apabila digunakan dengan berterusan, ia akan menyebabkan kulit muka kita semakin nipis. Sebab itu kalau anda perasan, sabun cuci muka biasanya agak murah berbanding gel atau foam cleanser.

Cleanser bar yang baru kini sesetengahnya ada sabun yang sangat sedikit, tapi kebanyakannya sesuai dan mesra dengan kulit.

Kebanyakannya juga menawarkan cleanser bar yang mempunyai tahap pH yang mesra kulit selain kaya dengan bahan nutrien dan bahan pelembap seperti glycerin dan essential oils.

Ideal untuk Kulit : Berminyak & Kombinasi

 

9. CLEANSING WIPES

Cleansing wipes boleh menjadi cleanser yang hebat terutama apabila tisu yang digunakan lembut dan tidak meninggalkan lapisan melekit pada kulit. Berhati-hati untuk tidak menarik kulit anda yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.

Ideal untuk Kulit : Semua jenis kulit

 

10. CLEANSING BALM

Balm cleanser kaya dengan hydrating oils dan amat sesuai untuk kulit yang mengalami masalah dehydrated. Formulasi ini akan membersihkan secara mendalam tanpa membuang minyak semula jadi kulit, dan memastikan kulit dibiarkan bersih dan lembap. Jika anda lebih suka nourishing cleanser yang melembapkan kulit anda, cleansing balm amat sesuai untuk anda.

Ideal untuk Kulit : Normal & Kering

 

11. OIL CLEANSER

Oil cleanser adalah cara yang lembut untuk menghilangkan serpihan kotoran penyumbat liang termasuk makeup tanpa mengeringkan kulit anda. Oil cleanser menjadi trend pada masa kini sebagai sebahagian dari teknik double cleansing.

Double cleansing adalah trend di seluruh dunia sekarang tapi masih ramai lagi yang kurang faham mengenai cara double cleansing yang betul. Kebanyakannya memilih untuk double cleansing hanya dengan Cleansing Oil saja sedangkan ada banyak options untuk double cleansing.

Ideal untuk Kulit : Semua jenis kulit

 

KESIMPULAN

Paling penting dalam pemilihan cleanser adalah 4 perkara di bawah :